Spiga

Dokumen : Abbas terlibat dalam perang Gaza, Fatah hasut Zionis kerjakan Hamas.


Jumaat , 28/01/2011 - Menurut dokumen sulit yang disebarkan oleh stesen Al-Jazeera, Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, telah sedia maklum tentang rancangan Zionis untuk menyerang Gaza sebelum serangan sebenar dijalankan selama 23 hari berturut-turut ke atas kawasan tersebut 2 tahun lalu yang mengorbankan hampir 1500 nyawa rakyat Palestin.

Sumber tersebut menyatakan bahawa Fatah turut terlibat dalam penarikan semula dokumen Goldstone yang mengandungi tuduhan terhadap pihak Zionis yang melancarkan jenayah perang Gaza ini.

Dalam pertemuan bersama wakil Amerika Syarikat ke Timur Tengah, George Mitchell, pada 21 Oktober 2009, wakil dialog PLO, Saeb ‘Ereqaat, menyatakan bahawa pengerusi Biro Politik dan Ketenteraan Zionis, Amos Gil’ad, “telah bertemu Abu Mazen (Mahmoud Abbas) sebelum serangan (ke atas Gaza) dan bertanya hal ini kepada beliau.. Namun Abu Mazen menjawab bahawa beliau tidak akan pergi ke Gaza dibelakang kereta kebal Israel.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Baca Selanjutnya...

11 ditahan dalam pertelingkahan dengan tentera Israel di Silwan


Rabu , 26/01/2011 - 11 warga Palestin termasuk 7 berusia bawah umur dipukul dan ditahan pada Isnin dalam pertelingkahan dengan tentera Israel di timur Baitulmuqaddis, daerah Silwan.

Tentera-tentera menyembur gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang awam, sumber tempatan mengatakan. Mereka juga memukul seorang lelaki berusia 70 tahun dan menyembur gas pada mukanya dalam serangan itu, demikian laporan dari Pusat Maklumat Wadi Al-Hulwa.

Mereka turut menahan seorang aktivis Silwan, Moussa Awda, 53 tahun dan 7 orang remaja berusia 10 hingga 14 tahun. Gas pemedih mata juga disembur secara rawak ke arah kediaman orang awam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Baca Selanjutnya...

Hamas menyelar keputusan siasatan Turkel yang berpihak pada Israel


Selasa , 25/01/2011 - Gerakan Islam Hamas mengutuk keputusan siasatan Turkel terhadap serangan bersenjata tentera Israel ke atas Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Pada Ahad, lembaga tersebut mengeluarkan laporan yang menyatakan serangan itu tidak melanggar undang-undang antarabangsa. Hamas berkata, laporan itu mendedahkan pengaruh politik panel dalam menghalalkan tindakan kejam Israel serta memesongkan fakta.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : idawati


Baca Selanjutnya...

400 Pesakit Buah Pinggang di Gaza Dalam Bahaya

Jumaat , 21/01/2011 - Menteri Kesihatan Gaza, Bassem Naim berkata bahawa 400 pesakit buah pinggang di Gaza berada dalam keadaan bahaya kerana bahan dialisis yang disediakan oleh Organisasi Kesihatan Antarabangsa hampir habis. Amaran itu datang ketika Naim menyambut deligasi daripada Yayasan Antarabangsa Gaddafi ke Gaza.



Naim memuji peranan Libya dalam memberi semangat dan sokongan kepada isu Palestin di Forum Arab dan Antarabangsa.


“Kami menderita dengan kesusahan mendapat dana yang mencukupi untuk membiayai kos operasi kementerian, yang dianggarkan lebih daripada 2.5 juta dollar sebulan, dan membayar harga sewa yang mahal untuk simpanan,” kata Menteri Kesihatan itu.


Kebanyakan daripada bahan perubatan yang didermakan ke Gaza sama ada rosak atau telah luput, kata Naim kepada delegasi Libya itu. Dia menambah bahawa sekatan ekonomi Israel bertanggungjawab atas kekurangan bahan-bahan ganti ke atas alatan perubatan, yang kebanyakannya rosak kerana kegagalan sambungan elektrik yang tetap di semenanjung Gaza.


Delegasi Libya menyatakan kesediaan untuk memberi kementerian dengan kehendak dan keperluan, dan menghantar doktor Palestin ke luar dan doktor Libya ke Gaza sebagai latihan.



sumber : http://www.qassam.ps
penterjemah : redz

Baca Selanjutnya...

Pertempuran di Silwan meletus selepas polis serbu rumah dan menangkap 2 pelombong


Jumaat , 21/01/2011 – Pertempuran yang dahsyat berlaku di Silwan, Jerusalem Timur pada malam Ahad lepas selepas pasukan polis rejim Zionis merempuh masuk sebuah rumah di sini. Kawasan penempatan Batn al-Hawa merupakan salah satu kawasan yang sering menjadi sasaran pendatang haram Yahudi yang merampas harta benda penduduk tempatan.

Dalam perkembangan lain, pendatang-pendatang haram Yahudi bertanggungjawab menyebabkan beberapa insiden provokatif pada minggu ini di Jerusalem Timur, terutamanya di wilayah Gilo.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Baca Selanjutnya...

Israel akan menyiapkan kerja pembinaan tembok pemisahan di Baitulmuqaddis pada tahun ini


Jumaat , 21/01/2011 – Tentera Israel mengumumkan pembinaan tembok sekeliling Baitulmuqaddis akan ditamatkan dalam tempoh setahun. Tembok yang digelar “sampul Baitulmuqaddis” itu akan memisahkan keseluruhan kota suci daripada negera-negara jiran Palestin.

Berdasarkan perancangan yang diluluskan oleh Timbalan Ketua Ketenteraan Yaif Naveh, kerja-keraja akan diteruskan terhadap baki struktur di perkampungan Kalandia, Shuafat Barat dan Gunung Gilo di kawasan tidak melebihi keluasan 20 km.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Baca Selanjutnya...

Hamas : Polisi pengasingan tahanan pemimpin di Penjara Zionis tak akan lemahkan pendirian mereka.







Selasa , 18/01/2011 – Hamas mengutuk keras pencabulan hak yang dilakukan pihak Zionis terhadap dua orang menteri yang ditahan, Jamal Abu El-Hayja dan Ahmad Sa’adat, iaitu tuntutan pentadbiran penjara yang mengasingkan mereka berseorangan dalam penjara sempit, dalam keadaan yang teruk tanpa dibekalkan hatta sekecil-kecil keperluan hidup tahanan, yang memaksa mereka untuk melakukan mogok lapar sebagai protest terhadap pencabulan hak para tahanan ini.

Hamas melalui kenyataan dari pejabat medianya kepada Pusat Informasi Palestin berkata bahawa Zionis mesti bertanggangjawab penuh ke atas keselamatan kedua-dua tahanan tersebut.

Hamas turut menyeru organisasi hak kemanusiaan supaya bertindak dengan segera menghentikan penderitaan yang dialami oleh kedua orang menteri tersebut, serta meletakkan tekanan ke atas Zionis kerana mengmalkan polisi mengasingkan para tahanan dan kekejaman Zionis sewenang-wenangnya terhadap para tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Baca Selanjutnya...